Homestay Bajet Changlun

Homestay Bajet Changlun

Sabtu, 27 Mac 2010

Homestay Bajet Changlun





ASSALAMUALAIKUM dan Salam Sejahtera...


Kami menyediakan perkhidmatan rumah penginapan "bajet" (Homestay Bajet) untuk kemudahan penginapan sekeluarga. Perkhidmatan kami amat sesuai untuk kemudahan keluarga yang mementingkan "bajet" semasa bercuti, majlis konvokesyen UUM, kenduri-kendara, dan sebagainya.



Lokasi rumah penginapan kami terletak di Pekan Changlun, Kedah amat sesuai untuk kemudahan anda sekeluarga. Kedudukan rumah penginapan kami adalah amat mudah dicari kerana terletak berhampiran Pekan Changlun iaitu pekan yang terakhir sebelum Bandar Bukit Kayu Hitam yang menjadi penghujung sempadan Malaysia-Thailand.


Kedudukan Pekan Changlun juga adalah strategik dan berhampiran dengan beberapa IPTA di sekitar Pekan Changlun, Kedah. Antaranya ialah Universiti Utara Malaysia (UUM-jarak 8km), Kolej Matrikulasi Changlun (KMC-jarak 2km), Kolej Pertanian Bukit Tangga (jarak 11km), Kampus Induk Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP-jarak 9km), Politeknik Syed Sirajuddin Ulu Pauh, Perlis (jarak 11km), Universiti Teknologi Mara Arau, Perlis (UITM Arau-jarak 25km), Maktab Rendah Sains Mara Ulu Pauh (MRSM-jarak 11km).



Kemudahan yang terdapat pada rumah penginapan ini adalah lengkap dengan perabot,TV (Astro), 3 bilik tidur (1 bilik dilengkapi Air-Cond), 1 bilik air dan 1 bilik mandi berasingan, periuk nasi elektrik, cerek elektrik,sterika dan papan gosok. Rumah teres lot tepi (end lot) blh parkir sebelah tepi jika datang lebih dari 1 kereta.



Jika anda bercadang ke Hatyai(Thailand) rumah penginapan kami amat sesuai untuk anda sekeluarga untuk beristirehat sebelum meneruskan perjalanan ke Hatyai. Jika anda bercadang ke Langkawi, rumah penginapan ini juga boleh menjadi tempat persinggahan untuk anda sekeluarga kerana perjalan untuk ke Jeti Ferri Langkawi cuma mengambil masa lebih kurang setengah jam sahaja dari Pekan Changlun.